Tuesday, 5 March 2024

BUFET RAMADAN : SANTAPAN UMMIS HIJAU KASTURI

Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024 akan datang.

Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2023. Bertemakan Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.

Dibuka setiap hari dari 6.30 petang hingga 9.00 malam di Lokasi : G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur. 


Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. 

Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.

HIDANGAN MENU 


Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.


Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.


“Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi.


“Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori” ujar Cef Hajah Norziah

Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.


EARLY BIRD 


Untuk promosi ‘early bird’ harga RM 50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024.


HARGA ASAL


Harga normal akan dicaj sebanyak RM 59.90 nett untuk dewasa dan RM25.00 nett ditawarkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.


SAMBAL SANTAPAN UMMIS HIJAU KASTURI


Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging.Berharga RM19.90 bagi 500gm, semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan.


Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** 


03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).


*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma ** 

Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan


Operasi : 8: 30pagi hingga 6:00 petang
Lokasi : G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9 

Monday, 26 February 2024

BUFET RAMADAN B'YORK KL

B'YORK KL

As a Ramadan 2024 is near, B’York KL is delighted to announce a captivating culiniary experience in collaboration with esteemed chefs Chef Razali from Lee Frozen Food and Chef Salman.

This exclusive for Ramadan and promises to tantalise taste buds with a curated menu of authentic delights. Perfect for family and friends gatherings during the holy month in the venue’s setting /

CELEBRATE RAMADAN 2024 WITH B’YORK KL

CHEF RAZALI

Showcases His Culinary Prowess With A Delectable Spread Featuring The Iconic Nasi Kerabu Paired With Succulent Wagyu Beef. Renowned For His Expertise In Halal-Certified Ingredients, Chef Razali’s Creations Promise To Transport Diners On A Journey Of Flavours. 

CELEBRATE RAMADAN 2024 WITH B’YORK KL

CHEF SALMAN

Adding To The Culinary Extravaganza Is Chef Salman, Affectionately Known As Skinny Chef, Who Will Present A Mouth-Watering Array Of BBQ Specialities And His Signature Javanese Lamb Curry. Guests Can Expect An Explosion Of Flavours With Every Bite, Curated With The Utmost Care And Attention To Detail. 

CELEBRATE RAMADAN 2024 WITH B’YORK KL

KAK FIZA OF SASMA DELIGHT

No Iftar Feast Is Complete Without A Sweet Touch, And Attendees Can Indulge In A Delightful Selection Of Kuih-Muih From Kak Fiza Of Sasma Delight. With A Promise Of Non-Stop Refills, Guests Can Savour These Traditional Treats To Their Heart’s Content. 
CELEBRATE RAMADAN 2024 WITH B’YORK KL

HEARTY PLATTER

A Feast For The Senses With A Hearty Platter, The Venue Offers A Setting, Service And A Diverse Selection Of Cuisine For Which Two Renowned Chefs Have Taken The Lead, Namely Chef Razali And Chef Salman. 

Adding to the atmosphere, a live busking performance by Maria Effendi will also enthral dining guests. A prayer facility is also provided so that guests are able to perform prayers at their convenience and ease. 

CELEBRATE RAMADAN 2024 WITH B’YORK KL

RESERVATION


Guests or groups can enjoy the Iftar in an ambience and settings befitting of Ramadan for a one-of-a-kind experience at B’york KL. Join us for an unforgettable culinary journey where flavours come alive and memories are made. 

WhatsApp (Khairil)  +6016 244 2714| (Syeba)  +6012 231 0606

Saturday, 24 February 2024

BUFET RAMADAN SELERA WARISAN KAMPUNG WORLD TRADE CENTRE KL

SELERA WARISAN KAMPUNG TEMA BUFFET RAMADAN WORLD TRADE CENTRE KL

Kesemua hidangan istimewa ini akan disediakan oleh team Briged Kulinari yang diketuai oleh Cef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih yang pakar dalam menyediakan menu-menu yang enak dan pastinya menggoda deria mata serta deria rasa mereka yang berbuka puasa di di sini.




HIDANGAN MENU 

Briged Kulinari WTCKL juga akan menyediakan hidangan LIMA rotasi menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio.



Namun yang pastinya, atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.


Tidak dilupakan hidangan paling popular di WTCKL yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.



Bufet Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024 di ruang makan eksklusif yang terletak di Aras 2, Legar Putra, beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.



EARLY BIRD

Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 net seorang, manakala harga asal bufet ramadan “Selera Warisan Kampung” adalah RM128 nett seorang untuk dewasa dan RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Baucar pembelian awal boleh dibeli:

Nikmati kemudahan berbuka puasa

WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.

Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.

Thursday, 22 February 2024

BUFET RAMADAN CITARASA BONDA DI FACE STYLE

 Style-All-Day-Dining di THE FACE Style mempersembahkan Bufet pada tahun ini dengan Maestro kuliner di “Golden Triangle”



Bermula perjalanan kuliner di “Golden Triangle” Kuala Lumpur di Style All-Day-Dining. Terletak strategik di Jalan Sultan Ismail. Restoran ini menawarkan sesuatu yang moden, luas untuk Citarasa Bonda bermula dari 15 Mac hingga 7 April 2024, dari 6.30 petang hingga 10:00 malam.


Untuk pertama kalinya, jurumasak berpengalaman mereka akan mempersembahkan kepakaran kuliner mereka, menyusun menu yang menyatukan tradisi dengan inovasi. 

HIDANGAN MENU 


Nikmatilah pelbagai spesialiti tradisional Melayu,- Kambing Bakar

Ayam Tebu 



Makanan melayu yang di inovasikan dengan cara moden iaitu "Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Berkeju,”. 

Seterusnya, mereka turut hidangkan makanan yang berbeza dan istimewa di sana iaitu "Laksa Kuala Kangsar”, Ikan Cencaru Sambal Tauchu “Viral”, “Daging Masak Hitam” dan banyak lagi!


Pemanis mulut pun ada seperti kuih-kuih, buah-buahan, kuih raya pun ada juga





Selain hidangan yang lazat, tetamu boleh mencari ketenangan dan rohaniah di "surau" yang terletak di tingkat 51A, dimana mereka telah menyediakan ruang yang tenang untuk solat sepanjang bulan suci ini.

Nikmati sepanjang 23 hari Ramadan di Citarasa Bonda anda dengan melodi-melodi daripada kumpulan Ghazal mereka yang terdiri daripada 4 orang. 



Alunan yang memukau ini akan mencipta atmosfera kemeriahan serta boleh menceriakan Citarasa Bonda.

EARLY BIRD


Bagi memeriahkan acara istimewa ini, terdapat promosi pembelian awal dari 1 Mac hingga 15 Mac 2024. 

Orang dewasa boleh menikmati pengalaman ini dengan harga RM150bersih mahupun kanak- kanak dengan harga RM75bersih. 



HARGA ASAL


Harga asal bagi dewasa ialah RM188bersih dan kanak-kanak berusia 6 tahun ke 12 tahun manakala Warga Emas berusia 65 tahun keatas) RM95 bersih.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi tempahan restoran Style-All-Day-Dining di THE FACE Style melalui WhatsApp di +6012 751 6992 atau hubungi | WhatsApp kami antara 9:00 pagi dan 5:00 petang di +6017 613 7423. Talian terus Style All-Day-Dining: +603 2168 1770.

Wednesday, 21 February 2024

BUFET RAMADAN: LIP LAP LIP LAP DI TENERA HOTEL, BANGI

 Hotel Tenera terus menjadi pilihan lokasi bufet Ramadan tahun ini yang bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan.

Dengan bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini yang bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 inI.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.


Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta dan orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.



HIDANGAN MENU 


Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.



Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti-nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.



Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.



Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.

Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.



Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).


EARLY BIRD


Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh.

Pihak hotel juga membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.

Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan ‘mesra Muslim’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).

📌Tempahan Bufet Ramadan
☎️03-8929 9600
☎️019-385 4796 (Whatsapp)

Saturday, 27 January 2024

PEMBUKAAN COCOA STRAITS 1778 DI GENTING HIGHLAND

 Majlis pelancaran Cocoa Straits 1778 bertempat di Genting Highlands berharap menjadi daya tarikan unik bagi koko Malaysia, berjanji kepada pelanggan untuk sentiasa meningkatkan kualiti dan inovasi.

“Nama ‘Cocoa Straits 1778’ mempunyai makna khusus, bersumberkan sejarah koko yang luar biasa di Malaysia.

SEJARAH KOKO

“Ia mewakili misi kami untuk menyampaikan sejarah koko Malaysia kepada peminat coklat dari seluruh dunia. Penanaman koko di Malaysia telah melepasi dua abad.

Menurut catatan sejarah, biji koko ditemui pada tahun 1778 di sebuah taman di Melaka. ‘1778’ di sini mewakili tahun penemuan pokok koko pertama di Melaka.”

-Pengasas Cocoa Straits 1778, Jeffrey Kee

Selain Jeffrey Kee, tetamu lain yang turut hadir termasuk En CC Yeap, Pengarah Pengurusan Penyewaan Genting Highlands.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Ramle bin Hj. Kasin, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, dan Wilfred Ng, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Benns Ethicoa Chocolate Factory Sdn. Bhd.

Coklat selama ini dianggap sebagai simbol romantis dan kemesraan. Cocoa Straits 1778 berharap agar dapat menyampaikan romantisme dan sentuhan mesra melalui produknya. Memberikan pengalaman bahagia dan memuaskan apabila mencuba Cocoa Straits 1778.

KOKO MALAYSIA

Coklat yang dikeluarkan oleh Cocoa Straits 1778 terkenal dengan kualiti, tekstur yang kaya, dan pelbagai rasa.

Cocoa Straits 1778 menggunakan koko Malaysia berkualiti tinggi untuk menghasilkan coklat, yang bukan sahaja menyokong industri tempatan, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi dan pertanian di Malaysia.

Seperti tukang coklat romantik, dari coklat hitam klasik hingga kepada rasa unik Malaysia, setiap suapannya memukau hati.

Tambahan pula, Cocoa Straits 1778 turut melancarkan coklat rendah gula untuk memenuhi tuntutan pengguna yang prihatin akan kesihatan.

Bagi pengguna yang menekankan perasaan seremoni, mereka pasti akan menyukai reka bentuk pembungkusan mewah Cocoa Straits 1778. Ia memancarkan daya tarikan yang unik dan memikat hati, tanpa ragu ia menjadi pilihan hadiah yang istimewa.

JENAMA COKLAT TERNAMA

Menitikberatkan pengeluaran coklat berkualiti tinggi, berazam untuk menyebarkan gabungan kelazatan dan budaya koko Malaysia kepada warga dunia.

PRODUK COKLAT KHAS MALAYSIA

Memperkenalkan siri produk coklat khas Malaysia, menggunakan bahan mentah coklat semula jadi, untuk memuaskan cita rasa dan selera pengguna, di samping memberikan nutrisi yang melimpah.

Ini membantu memberikan tenaga yang relevan kepada tubuh dan minda, seterusnya menyumbang kepada gaya hidup ceria.

Visi Cocoa Straits 1778 ialah menjadi perintis dalam jenama coklat tulen yang mempunyai satu tempat pengeluaran, menghasilkan coklat mewah berkualiti tinggi, pembelian etika, dan kepakaran penghasilan kepada pelanggan.

Pada masa yang sama, Cocoa Straits 1778 tidak lupa untuk merangsang para peminat coklat di seluruh dunia untuk menghargai dan menilai seni koko Malaysia.

Untuk meningkatkan kesedaran produk dan mempromosikan jenama, merancang untuk melancarkan aktiviti promosi semasa acara khas atau perayaan, bertujuan untuk menggalakkan daya beli pelanggan.

COKLAT BONBON & TRUFFLE EMAS 24K PERTAMA 

Sempena majlis pembukaan, dengan penuh kemegahan memperkenalkan coklat bonbon dan coklat truffle pertama Malaysia yang dihiasi dengan emas 24K.

“Coklat ini direka dengan reka bentuk yang mewah dan menarik, diperindah dengan emas 24K, menyampaikan kemewahan dan keunikan coklat sepenuhnya.

Oleh itu, ia bukan sahaja coklat yang lazat, tetapi juga karya seni yang berharga, bertujuan untuk memberikan pengalaman deria dan visual yang belum pernah dinikmati sebelum ini!”

BONBON DAN TRUFFLE

Coklat bonbon dan coklat truffle yang dihiasi dengan emas 24K akan menjadi karya terkemuka jenama Cocoa Straits 1778. Menyebarkan kecintaan Cocoa Straits 1778 terhadap seni koko dan semangat kecemerlangannya kepada dunia.

“Kami yakin bahawa coklat ini akan menarik perhatian ramai dan menjadi tumpuan majlis pembukaan.

Melalui acara ini, kami berharap agar dapat memberitahu lebih ramai orang tentang keistimewaan jenama kami dan berkongsi pengalaman deria rasa yang luar biasa ini bersama mereka.”

Coklat bukan sahaja makanan, tetapi juga pembawa warisan dan perkongsian budaya.

COCOA STRAITS GLOBAL

Cocoa Straits Global berusaha sepenuh tenaga untuk menghasilkan coklat dan memperkenalkan produk koko Malaysia yang unik, mempersembahkan kekayaan warisan dan budaya koko Malaysia kepada dunia.

Pada masa akan datang, Cocoa Straits Global merancang untuk terus meluaskan rangkaian produk, melancarkan lebih banyak lagi rasa coklat yang baharu dan pembungkusan yang menarik.

Syarikat ini juga akan terus berusaha untuk mempromosikan jenama di peringkat global, memberi lebih banyak peluang kepada orang untuk menikmati keenakan coklat Cocoa Straits 1778 dan menghayati warisan. dan budaya koko yang kaya di Malaysia.

Website CocoaStraits